Mas Idayu – Suami Bukan Kaki Curang , Mummy Cuma Bersyukur

Mas Idayu – Suami Bukan Kaki Curang , Mummy Cuma Bersyukur

Baru-baru ini, penyanyi dangdut popular, Mas idayu atau nama sebenarnya Mas Idayu Mesnun meluahkan rasa syukur apabila suami kesayangannya yang juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, bukan seorang lelaki yang ‘kaki curang’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @TV3Malaysia di laman TikToknya, Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai Mummy berkongsi kenyataan tersebut ketika menjadi juri bagi program realiti Famili Duo semalam.

LIHAT VIDEO DISINI

Dalam video tersebut, pengacara bagi program tersebut iaitu Janna Nick mempersoalkan Mas Idayu sama ada memiliki cinta yang mencukupi atau tidak.

Jawab Mas Idayu, dia bersyukur hanya bersyukur apabila suaminya seorang yang setia dan bukan seorang lelaki yang kaki curang.

“Alhamdulilah, mummy dapat suami yang macam itu. Orang lain belum tentu bertuah. Untung Mummy dapat suami yang setia,” ujar TV3 Malaysia di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Terbaik lah mummy!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan jawapan yang diberikan oleh penyanyi yang berusia 51 tahun itu.

Pun begitu, ada juga netizen yang mengkritik Mas Idayu yang sangat yakin dalam memberikan kenyataan walhal perkahwinannya itu belum lagi mencecah usia setahun.

Semoga bahagia ke anak cucu
Dalam pada itu, disebalik kritikan yang dilemparkan, ramai yang mendoakan agar mahligai Mas Idayu bersama suaminya kekal hingga ke jannah dan sentiasa bahagia bersama.

Sumber: TikTok @TV3 Malaysia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*