“Isteri pertama restu ke..”- Fyna Jebat Khwin Suami Org Berpangkat Datuk, Sekali Ini Respon Suaminya

“Isteri pertama restu ke..”- Fyna Jebat Khwin Suami Org Berpangkat Datuk, Sekali Ini Respon Suaminya

Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan enggan memberikan kerjasama berhubung status perkahwinannya yang dikatakan bukanlah seorang duda.

Dalam mesyuarat

Menerusi laporan Kosmo, Zainal telah menamatkan panggilan telefon selepas memberikan respon ringkas dan gagal dihubungi semula sama ada menerusi panggilan telefon mahupun kiriman WhatsApp ketika diminta untuk mengulas berkenaan isu perkahwinan keduanya.

Maaf saya tengah dalam mesyuarat.Difahamkan, bekas pemain bola sepak terkenal sekitar era 80-an ini dikatakan masih bergelar suami dan bukan berstatus duda semasa berkahwin dengan Fyna Jebat.Terdahulu, Fyna Jebat, 30, mengakui dirinya telah berkahwin dengan Zainal Abidin Hassan, 62,

ketika ditemui selepas tamat persembahan program realiti Famili Duo malam tadi, namun, enggan memberikan butiran lanjut berhubung perkahwinannya.Alhamdulillah, saya telah bernikah. Harap doakan saya dan keluarga.

Akhirnya teka teki berhubung status hubungan antara penyanyi, Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, terjawab selepas dia mengakui sudah bergelar isteri kepada jurulatih dan juga bekas pemain bola sepak itu.

“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga,” kata Fyna seperti dilapor Harian Metro.

Bagaimanapun Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, 29, yang juga adik kepada penyanyi terkenal Ayda Jebat berkata, dia tidak dapat mengulas butiran terperinci mengenai majlis pernikahannya itu.

Apa yang saya boleh beritahu, suami beri sokongan untuk saya memasuki Famili Duo,” katanya.

Sementara itu, Ayda pula berkata, dia berasa lega dengan pendedahan adiknya itu kepada pihak media.

“Rasanya, tidak ada apa yang perlu diluahkan lagi. Saya bangga apabila adik saya dapat dedahkan pada semua orang. Buat masa ini fokus kami pada Family Duo,” jelasnya.

Terdahulu, tular mengenai laporan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Dikhabarkan wanita yang dikahwini itu merupakan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

Menurut sumber, pasangan terbabit berkahwin, baru-baru ini, namun hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Untuk rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.

Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*