‘Kau Makan duit syamsol..’ B0ngkar Nmpak Kazar dan lra di set Mat Kilau, Kenalan syamsul buka cerita sebenar

‘Kau Makan duit syamsol..’ B0ngkar Nmpak Kazar dan lra di set Mat Kilau, Kenalan syamsul buka cerita sebenar

Kenyataan daripada kedua-dua pihak telah dikeluarkan, netizen kini berdoa agar Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat menamatkan sengketa mereka dengan keputusan terbaik. Pada semalam, wanita berkenaan secara terbuka meminta Syamsul ‘lepaskannya’ lantaran kecewa dimadukan secata tidak wajar.

Saya tak terima cara dimadukan yang tidak mengikut syariat sebenar. Hingga kini, posting pelakon drama ‘Tanggang Langgang’ ini menerima lebih 14,000 komen kata-kata semangat selain mendoakan ketabahan hatinya.

Akan tetapi, kemunculan seorang individu bernama Aryan mendedahkan fakta lain tentang pasangan mempelai baru itu bagai mengeruhkan keadaan sedia ada. Kau makan duit Syamsul, rosakkan hidup Syamsul & keluarga, lepas tu diam.

Membuka semula kisah lama, Aryan (dipercayai kru produksi) dakwa pernah saksikan situasi tegang pertemuan antara Kazar Saisi, Ira Kazar dan Syamsul Yusof di set shooting Mat Kilau. Tidak ketinggalan, dia juga memetik nama kenalan terdekat Syamsul iaitu Abang Fadhil Haniff yang dikatakan menjadi punca pengarah itu berubah sikap.

Demi Allah aku tak masuk campur urusan rumah tangga orang lain. Tidak berdiam diri, Abang Fadhil dilihat begitu terkejut dengan fitnah melampau yang dilemparkan oleh individu bernama Aryan itu.

Sempat memohon maaf kepada Puteri Sarah, lelaki ini menegaskan sekeras-kerasnya bahawa dirinya tiada kaitan langsung dengan kemelut perkahwinan mereka semua.

Terbaharu, Puteri Sarah tampil mempertahankan dirinya selepas Syamsul menjelaskan sebab utama dia memilih untuk menyekat nombor telefon isteri pertamanya itu. Puteri Sarah berkata, dia berharap Syamsul berhenti menjadi ‘mangsa’ keadaan dan memutar belit fakta berhubung isu rumah tangga yang berlarutan hampir empat tahun.

“Putar belit cerita selagi boleh. Tidak mengapalah nak minta lepas (bercerai) pun. Jangan selepas ini putar belit lagi cerita pula, ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ni saya sayang dia’ “Cukup dengan ‘mainan menjadi mangsa keadaan’ , drama dan menyalahkan orang lain,” tulisnya dalam satu kenyataan di Instagram Story.

Malam tadi, Syamsul tampil dengan video penjelasan mengenai sebab utama dia terpaksa menyekat nombor telefon dan aplikasi WhatsApp isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka.

Menurut pengarah itu, setiap kali berbincang mengenai isu rumah tangga, Puteri Sarah akan mengeluarkan kata-kata kesat yang membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Syamsul turut mendakwa walaupun dia menyekat nombor telefon Puteri Sarah tetapi tanggungjawab sebagai suami dan bapa tidak pernah diabaikan. Di sebalik konflik yang berlaku, Puteri Sarah dilihat kuat berdepan ujian apabila sibuk menjalani penggambaran drama sehingga pulang awal pagi.

Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwalikan bapanya, Kazar Saisi.

Sumber : Erinsakura

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*