Layan isteri baik, Edika Yusof takvt ‘Dimakan’ pujian lebih-lebih, dedah pengalaman Poligami

Layan isteri baik, Edika Yusof takvt ‘Dimakan’ pujian lebih-lebih, dedah pengalaman Poligami

Pelakon Edika Yusof mendedahkan beberapa ahli keluarganya juga menjalani kehidupan berpoligami terutama bapanya yang masih mempunyai empat isteri selepas menceraikan ibunya.

Menurut Edika, melihat kesukaran ibunya membesarkan tiga orang anak lelaki selepas bercerai membuatkan dia nekad untuk tidak meninggalkan isterinya yang lumpah.

“Sebenarnya adik saya pun kahwin dua dan bapa saya sendiri kahwin lima… kahwin cerai tapi masih ada empat isteri. Ramai saudara lelaki saya yang berpoligami.

“Jadi, saya bukan nak tunjuk pandai sebab ada satu isteri tapi saya cuba jadi yang terbaik. Sebab orang yang menjadi saya, ibu saya yang merupakan isteri kedua.

“Selepas mereka bercerai, ibu saya yang menjaga kami adik-beradik, bekerja slang malam untuk besarkan kami. Saya nampak, apabila ditinggalkan seorang lelaki, apa yang dihadapi perempuan atau ibu tunggal.

“Salah satu sebab membuatkan saya tak kan tinggalkan isteri saya disebabkan itu la,” kata Edika kepada Gempak. Edika ditemui ketika sidang media dan tayangan episod pertama drama siri Astro Originals, Projek : High Council yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur.

High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin dan Hazeeq Dean.

Selain itu, selebriti terkenal seperti Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof turut membintangi drama siri tersebut.

Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari ini atau di saluran linear, Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Insta gram, TkTok, Facebook, Twltter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Sumber : Gempak

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*