
Lelaki Ini Berani Untuk Ambil Puteri Sarah Sebagai Isteri Selepas Bercerai Dgn Syamsul Yusof. Komen Netizen Ramai Puji Dia Lebih Kacak Dari Syamsul
Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.
“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera.
“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.
“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.
“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.
“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkata, dia bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.
“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.
“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.
“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya.
Hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.
“Hanya permohonan cerai akan difailkan Isnin ini,” katanya kepada portal Utusan.
LELAKI INI TAWAR DIRI UNTUK JADI PENGGANTI SYAMSUL YUSOF
Menerusi satu perkongsian video, pemuda dikenali sebagai Arif Izo itu memuat naik sekeping gambar Syamsul dengan permulaan kapsyen “Salam Sol”.
Rakaman tersebut kemudian memperlihatkan dua keping gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Puteri Sarah pula pada penghujung video.
“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulisnya baru-baru ini.
Meskipun sekadar gurauan semata-mata, orang ramai dilihat menyokong kenyataan pemuda berkenaan dengan menyifatkan dia dan Puteri Sarah seperti pasangan serasi.
Pada masa sama, segelintir individu sempat memuji ketampanan pemuda itu sekali gus dibandingkan dengan wajah Syamsul.
Sesuai.. moga gurauan jadi kenyataan?
Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Sumber: BHARIAN ONLINE/OMM
Be the first to comment