Tersed4k susu, Adik zakuan disahkan menlngg4l dunia selepas 30minit..”Elfira kongsi berita hib4…

Tersed4k susu, Adik zakuan disahkan menlngg4l dunia selepas 30minit..”Elfira kongsi berita hib4…

Tular di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang kehilangan anak tersayang yang baru berusia satu bulan akibat tersedak susu, semalam.Menerusi perkongsian di Instagram Mingguan Wanita yang kembali dikongsikan Elfira di Isnta stories, sewaktu memberikan susu badan kepada anaknya itu, si ibu tersebut dikatakan telah tertidur akibat kepenatan.

Selepas tersedar, ibu tersebut bagaimanapun melihat anaknya berada dalam keadaan lemah lalu dibawa ke Hospital Klang, Selangor dan disahkan meninggal dunia selapas 30 minit cuba diselamatkan.Kisah menyayat hati itu turut mendapat perhatian ramai termasuk pelakon, Elfira Loy.

Menurut Elfira, musibah ini sememangnya memberi peringatan buat para ibu termasuk dirinya sendiri.“Saya tahu ujian Allah terhadap hambanya itu berbeza-beza tapi saya minta sangat Allah tak uji saya tentang anak,” tulisnya di Instagram stories.

Pada masa sama, Elfira akui apa yang berlaku menjadikan dia lebih lebih berhati-hati dalam penyusuan kepada bayi.“Lepas ni takut kot nak susukan anak sambil tidur dah. Sentiasalah pastikan bayi sendawa dulu selepas menyusu. Baru sambung tidur,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Rayyan Khalaf 2, dan Nur Aria Mikayla yang baru berusia 4 bulan.MH

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*