
Tamat drama Cina Buta, ramai doakan Nad Zainal & Ungku Ismail kahwin ‘betul-betul’
Selepas 18 episod ditayangkan di Astro Ria, drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin baru sahaja melabuhkan tirainya baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, tindakan pelakon utama Nad Zainal memuat naik sebuah posting berhubung pengakhiran drama tersebut mengundang perhatian pengikut di laman Instagram.
View this post on Instagram
Menerusi kapsyen, pelakon berusia 33 tahun itu menulis kata-kata cinta merujuk kepada wataknya sebagai Mia Sara bergandingan bersama Ungku Ismail Aziz yang melakonkan watak sebagai Sharnaz.
“Kita akan stay together forever and ever (kita akan kekal bersama selama-lamanya).. I love you (saya cintakan awak),” tulis Nad atau mesra dipanggil Nanad.
Posting berkenaan disertakan sekeping gambarnya bersama Ungku Ismail ketika menjayakan penggambaran drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu.
Meninjau ke ruangan komen, segelintir penonton memilih untuk mendoakan pasangan itu agar bertemu jodoh dan berkahwin dalam kehidupan realiti.
View this post on Instagram
KOMEN NETIZEN
Terdahulu, Ungku Ismail mengakui hubungan dia dan Nad semakin rapat selepas terlibat dalam drama berkenaan sehingga merancang bagi merakamkan program travelog bersama.
Sumber: Instagram Nad Zainal
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment