Dilihat ‘berhibur’ di konsert, Puteri Sarah dipersoal ada minta izin suami?

Dilihat ‘berhibur’ di konsert, Puteri Sarah dipersoal ada minta izin suami?

Kehadiran pelakon Puteri Sarah Liyana di konsert penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama ibu berjaya mencuri perhatian ramai.

Hal Hebat, gandingan mantap Cakra Khan dan Ade Govinda

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan Cakra Khan dan rakan gandingan, Ade Govinda membawakan lagu berjudul Hal Hebat di atas pentas yang berjaya membuatkan ramai tersentuh.

Sememangnya, keunikan dan aura Cakra dan Ade tidak dapat dipertikaikan lagi memandangkan mereka sangat hebat dalam memastikan peminat sentiasa puas.

Hal Hebat pikat hati Puteri Sarah

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai apabila wajah aktres berusia 38 tahun itu terpampang di skrin hadapan pentas. Turut berada dalam paparan skrin berkenaan adalah ibu Puteri Sarah iaitu Paridah Puteh.

Situasi berkenaan berjaya mengundang sebak ramai sehingga tular di media sosial sebelum dikongsi semula oleh Puteri Sarah di laman Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan, sewaktu Cakra menyanyikan rangkap ‘takkan siakan dia belum tentu ada yang seperti …’ dan wajah Sarah terpampang memberi ‘flying kiss’ sebelum seluruh dewan dipenuhi dengan

“Akan ingat memori ni sampai bila-bila.

“Jom Ade Govinda kita buat lagu cepat,”tulis Sarah.

Sebak sangat! Semua orang sayangkan Sarah..

Perkongsian itu membuatkan ramai sebak dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buat Sarah untuk terus kuat menempuhi hidup bersama anak-anak.

Mereka juga mendoakan agar pelakon drama Andai Itu Takdirnya menemui kebahagiaan sebenar dan dipermudahkan segala urusan.

Keluar tu minta izin tak?

Bagaimanapun, ada juga insan tidak puas hati melihat Puteri Sarah dibuai perasaan bahagia sewaktu hadir ke konsert Cakra Khan. Individu berkenaan mempersoalkan sama ada Puteri Sarah sudah meminta izin suami atau belum sewaktu keluar dari rumah.

“Agak-agak keluar tu, minta izin Syamsul tak… jika tidak, sesungguhnya engkau sedang dilaknat oleh para malaikat sehingga engkau pulang ke rumah,”soal individu berkenaan.

Komen berkenaan telah mendapat perhatian Puteri Sarah dengan membalas adalah berdosa sekiranya seorang anak menderhaka kepada ibu bapa.

Perkara itu dibangkitkan setelah suami Puteri Sarah iaitu pengarah sensasi, Syamsul Yusof pernah mengeluarkan kenyataan isterinya keluar dari rumah dan bawa anak ke hulur dan ke hilir dan izinkan.

Apa-apa pun, sebagai orang ‘luar’, sekiranya tidak tahu hal sebenar, adalah lebih baik jika berdiam diri dan usah menganggu kebahagiaan seseorang.

Untuk rekod, Puteri Sarah Liyana telah menfailkan penceraian terhadap Syamsul Yusof selepas mengalami masalah rumah tangga sejak empat tahun lalu kerana diganggu orang ketiga.

Kemuncak kepada masalah tersebut adalah ketika Syamsul Yusof memaklumkan kepada semua bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa wanita berkenaan, Kazar Saisi.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana, OMM

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*