Tahniah, Eman & Ogy Kini Disatukan Semula, Cinta Yang Terputus Tak Dpt Diganti

Tahniah, Eman & Ogy Kini Disatukan Semula, Cinta Yang Terputus Tak Dpt Diganti

Ogy teruja tunggu majlis minggu depan, netizen syak bakal berkahwin. Pelakon dan pengarah, Ogy Ahmad Daud baru-baru ini mengejutkan orang ramai apbila dia memaklumkan dia akan melangsungkan majlis perlahwinannya pada minggu hadapan.

Menerusi foto yang dikongsikannya di Instagram, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud mengatakan dia sudah menerima pinangan daripada pihak lelaki serta menghitung hari bahagianya.

Tambah pelakon Azura itu lagi, dia berkata tidak sabar untuk berkahwin dengan pasangan cinta hatinya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokongnya untuk berkahwin semula, malah rakan artis turut mendoakan supaya dipermudahkan segala urusannya.

Sehingga sekarang, Ogy masih tidak memberitahu siapa gerangan bakal suaminya itu dan masih dirahsiakan.

Sebelum ini Ogy pernah berkahwin dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan memfailkan penceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.

Sebagai rekod, Seniwati tanah air, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy Ahmad Daud, 59, bersetuju dengan pandangan ramai yang menyifatkan Eman Manan sebagai contoh pelakon ‘jantan’ di Malaysia.

Kata Ogy, ilmu persilatan dimiliki bekas suaminya itu sedikit sebanyak menjadikan dia seorang pelakon berwibawa yang dilahirkan dengan sifat kelelakian sebenar.

“Eman bijak, cerdik dan dilahirkan ‘jantan’. Dia memiliki ilmu persilatan yang dituntutnya selama 11 tahun.

“Saya amat bersetuju sekiranya ada yang meletakkan dia sebagai garis panduan bagi aktor jantan di Malaysia,” katanya.

Ogy berkata demikian pada majlis sidang media teater 4 Dara Makcik Bawang di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), baru-baru ini.

Menurut Ogy, tanggapan Malaysia ketandusan pelakon ‘jantan’ adalah tidak benar kerana ramai aktor lelaki negara ini yang berjaya membuktikan kredibiliti tanpa meletakkan rupa paras sebagai keutamaan.

“Kita juga ada pelakon-pelakon lain seperti Beto Kusyairi, Adi Putra dan ramai lagi.

“Begitu juga Fattah Amin yang juga telah menunjukkan kematangan dalam lakonannya,” katanya lagi.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*