Bagai pinang dibelah dua, Zarina Anjoulie berkongsi Gambar Dipuji buat majlis sederhana

Bagai pinang dibelah dua, Zarina Anjoulie berkongsi Gambar Dipuji buat majlis sederhana

Menerusi posting di Instagram, pelakon Zarina Anjoulie dipercayai selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Datuk Seri Khazrul Elzey. Tahniah.

Zarina atau lebih mesra disapa dengan panggilan Anju turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis pertunangannya itu, semalam.

Syukur Alhamdulillah untuk hari ini. Thank you so much for today. Loving my new family (menyayangi keluarga baru saya).

Pada masa yang sama, Zarina turut berkongsi klip video majlis yang berlangsung itu di Tk Tok. Akhirnya, awak kini separuh menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segalanya.
Menerusi pemerhatian Zarina kelihatan sangat gembira sambil menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya.

Perkongsian Zarina itu turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah serta mendoakan hubungan mereka akan ke jenjang pelamin.

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan ramai apabila dia berani berkongsi momen bahagia bersama teman lelaki baharunya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Terbaharu, hantaran yang dikongsikan oleh lelaki tersebut di laman TkTok miliknya menarik perhatian warganet apabila dia membeli sebuah rumah khas untuk Anju, anak lelaki aktres tersebut iaitu Awangki Gabriel Martin Ezra serta anak perempuannya, Julia Sharapova.

Menerusi hantaran Story di TkTok milik DS Elzey, dilihat dirinya menaiki kereta buggy golf di sebuah kawasan perumahan elit berserta kapsyen yang menarik perhatian.

“Papa hadiahkan untuk Mama, Martin dan Poya. Syukur nikmat Allah. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga. I love you mama,”tulisnya. Sebelum ini, aktres berusia 35 tahun itu memuat naik kenyataan supaya menggesa netizen untuk tidak menganggu kehidupannya bersama teman lelaki kerana dia juga berhak bahagia seperti orang lain.

Malah, Anju turut mempersoalkan sama ada dia tidak layak untuk rasa bahagia atau tidak berikutan kisah silam yang berlaku sebelum ini.

Sekadar info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam tahun.

Sumber : ohbulan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*