Kritikan Mas Idayu Buat Sissy Iman Menangis, Netizen Tak Puas Hati

Kritikan Mas Idayu Buat Sissy Iman Menangis, Netizen Tak Puas Hati

Semalam hangat diperkatakan mengenai konsert program Famili Duo apabila penyanyi Sissy Iman tidak dapat menahan air mata apabila menerima sergahan komen pedas daripada juri program tersebut iaitu Mas Idayu.

Difahamkan, Sissy Iman bergandingan dengan Naim Daniel menyanyikan lagi Jampi namun Mas Idayu beraganggap lagu tersebut tidak sesuai dengan mereka. Komen Mas Idayu itu sekaligus membuatkan Sissy tidak dapat menahan sebak di atas pentas.

Bagaimanapun, juri lain seperti Ajai memuji idea mereka yang membawa kelainan ke versi keroncong namun kurang dari segi penyampaian.

“Kamu sebenarnya ada idea. Saya puji idea kamu yang ke arah muzik kerana buat jampi ke keroncong. Kamu selalu tukar keaslian lagu dan konsep. Penyampaian kurang. Saya dengar, kesedapan dan kelembutan lagu tu jadi kasar sikit. Kira tak sampai la. Jadikan sebagai pengajaran,”katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen kurang senang serta tidak meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen Mas Idayu serta mendakwa penyanyi dangdut itu tidak profesional.

Malah, ada yang menegur Mas Idayu dengan mengatakan tiada masalah untuk memberikan teguran namun biarlah beradab serta tidak menjatuhkan maruah seseorang.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*