Ini Jwapan MasIdayu Lepas Rmai Netzen Cbar Dla Masuk GegarVganza Sbab Lntang K0men Pserta

Ini Jwapan MasIdayu Lepas Rmai Netzen Cbar Dla Masuk GegarVganza Sbab Lntang K0men Pserta

Kuala Lumpur – Susulan rasa tidak puas hati terhadap cara penjurian Mas Idayu pada minggu keenam Famili Duo baru-baru ini, netizen mend.esak agar penyanyi dangdut itu menyertai program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza.

Cadangan tersebut disuarakan netizen kerana mereka mahu melihat sejauh atau sehebat mana nyanyian penyanyi itu sementelah dia kerap mengh.entam peserta dalam beberapa buah program realiti sebelum ini.

Ini Jawapan Mas Idayu

Gara-gara memberikan komen pedas terhadap persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel di minggu keenam program Famili Duo TV3, juri tetap iaitu Mas Idayu berterusan menerima kec.aman hebat netizen di media sosial.

Selain kr.itikan mengenai penjuriannya, ada juga netizen menc.abar Mas menyertai program nyanyian seperti Gegar Vaganza untuk membuktikan dia juga mampu menyampaikan pelbagai genre lagu dalam pertandingan berkenaan.

Menjawab mengenai komen itu, Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, berkata dia tidak gentar untuk menyertai mana-mana pertandingan namun pengalaman selama 38 tahun dalam industri lebih melayakkan dirinya untuk berada di kerusi juri.

Bukan takut itu bukan tahap saya minta maaf!. Pertandingan bukan tempat saya dah, sekarang tahap saya menjuri. Saya aktif menjuri.

Sudah 38 tahun saya dalam industri dan sejak 16 tahun lalu saya jadi juri, sekarang ini baru saya terima ke.caman paling tinggi.

“Seorang penyanyi atau guru vokal belum tentu boleh komen, jangan kerana tak puas hati dengan komen suruh saya masuk pertandingan. Yang duduk di kerusi juri itu tidak semestinya boleh menyanyi, pengalaman dia yang orang kena ambil,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini berpendapat penyanyi yang sudah berjaya mencipta nama tidak perlu memasuki mana-mana pertandingan nyanyian lagi.

“Mereka yang dah le.gend tak perlu suruh masuk pertandingan. Mereka yang dah ada nama, jangan jatuhkan m.aruah mereka untuk masuk pertandingan. Pertandingan hanya untuk mereka yang rasa diri mereka layak sahaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mas menjelaskan t.indakannya menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya membuatkan dia tidak membaca kec.aman daripada netizen.

Pun begitu, dia berlapang dada menerima segala kata-kata tersebut bagi memastikan peserta di dalam Famili Duo menunjukkan persembahan terbaik setiap minggu.

Saya mengalu-alukan komen sesiapa sahaja yang nak mem.aki dan menc aci saya. Sejak beberapa hari ini saya banyak terima kata-kata k.esat daripada netizen. Syukur Alhamdulillah, buatlah banyak-banyak lagi.

“Ma.kilah mereka sebanyak mana sampai dia orang puas sampai terp.utus dia orang punya bil telefon atau habis topup mereka. Paling penting, peserta Famili Duo bagus,” ujarnya.

Mas bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peserta Famili Duo memb.enci dirinya namun berharap mereka bertahan sehinggalah program berkenaan berakhir.

Saya harap peserta Famili Duo bertahan dahulu sampai habis program ini. Kalau selepas ini dia orang nak b.enci saya pun terpulang.

Yang bagi markah saya dan juga Ajai, bukan netizen ataupun sesiapa yang berkokok dekat luar itu. Apa pun saya harap ca.ci m.aki yang saya terima ini membuatkan Sissy Imann dan Naim Daniel lebih bersemangat sebab banyak yang sokong mereka ini, ujarnya.

Sebelum ini, Mas memberi kr.itikan hebat kepada persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini kerana menganggap nyanyian mereka sangat kasar dan tidak sedap.

Susulan itu, Mas menerima kec.aman hebat daripada netizen dan beberapa selebriti yang tidak senang dengan cara penjuriannya itu.

Kredit : Mstar/IG

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*