Akhirnya Datuk Zainal Abidin buka mulut, kc0h Isteri-Isteri ‘tarik’ rambut di mamak

Akhirnya Datuk Zainal Abidin buka mulut, kc0h Isteri-Isteri ‘tarik’ rambut di mamak

Bekas jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan enggan memberikan sebarang komen mengenai pergaduhan yang melibatkan dua isterinya di sebuah restoran, baru-baru ini.

Memetik laporan Kosmo, Zainal berkata, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan tersebut.

“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku),” katanya.

Tambah bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang FC itu, dia memberitahu jadualnya sangat sibuk buat masa ini.

“Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” jelasnya.

Difahamkan selepas memberikan jawapan tersebut, Zainal terus menamatkan panggilan dan tidak membalas mesej di aplikasi WhatsApp. Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, penyanyi yang juga peserta Famili Duo, Fyna Jebat didakwa terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya iaitu isteri pertama Zainal.

Lebih sensasi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Awal Januari lalu, media melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an berkahwin kali kedua dengan wanita yang berusia 29 tahun.

Meleraikan spekulasi yang bertebaran, Fyna Jebat akhirnya mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular, Zainal Abidin Hassan. Fyna dan kakaknya, Ayda Jebat kini mengungguli carta keseluruhan Famili Duo dengan kutipan markah sebanyak 363.3 mata.

Sumber : xtra

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*