Akhirnya! Peserta berani ‘sound’ Mas Idayu 8 tahun lalu berjaya dikesan

Akhirnya! Peserta berani ‘sound’ Mas Idayu 8 tahun lalu berjaya dikesan

Semenjak kontroversi yang melibatkan penyanyiSissy Iman bersama penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu yang lantang mengkritiknya ketika persembahan bertemakan ‘tradisional’ di pentas program Famili Duo pada minggu keenam, pelbagai video lalu ‘diungkit’ kembali oleh netizen di media sosial.

Termasuklah, sebuah video yang memaparkan seorang peserta lelaki yang tidak gentar mengkritik Mas Idayu ketika uji bakat Mentor Legend 2014 telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

LIHAT VIDEO DISINI 

Pun begitu, selepas diselidik oleh netizen baru-baru ini, akhirnya akaun TikTok milik peserta lelaki tersebut telah ditemui dan rupa-rupanya, jejaka tersebut dikenali sebagai Sofian dan dipercayai kini sedang bekerja sebagai penjual kereta.

LIHAT VIDEO DISINI

“Ada yang cari ke haaa?” Soalnya ringkas di ruangan kapsyen.
1 Malaysia cari abang!
Difahamkan, video yang tular itu dipercayai berlaku ketika Sofian berusia 22 tahun dan kini dia sudahpun berusia 31 tahun memandangkan ia telah berlaku lapan tahun yang lalu.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka selepas menjumpai Sofian kerana hanya dia sahaja individu yang berani mengkritik semula kata-kata Mas Idayu.

Sumber: TikTok @sofianutamamotors

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*