“Perasaan anak langsung tak dihiraukan…” – Akhirnya terjawab , bekas isteri dedah bukti Hazmeer Hassan nikah lain, rupanya kakak kpd penyanyi terkenal.

“Perasaan anak langsung tak dihiraukan…” – Akhirnya terjawab , bekas isteri dedah bukti Hazmeer Hassan nikah lain, rupanya kakak kpd penyanyi terkenal.

BEKAS isteri kepada Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot iaitu Siti Zafirul Azzah mendedahkan pelawak itu sudah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada penyanyi terkenal, baru-baru ini.

Menerusi Instagram, Azzah atau lebih mesra disapa Jaja turut memberi bayangan perkahwinan mereka itu berakhir gara-gara orang ketiga.

“Tiada tanda tanya lagi, persoalan dah terjawab. Dulu bahagia, sekarang tak.

“Beribu-ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Jaja sempat menitipkan pesanan agar bekas suaminya itu tidak mengabaikan nafkah buat anak mereka.

“Perasaan anak langsung tak dihiraukan.

“Ada anak instant jangan lupa jenguk anak sendiri. Lepas ini nafkah anak jangan lupa pula,” ujarnya.

mStar cuba mendapatkan penjelasan Chot, namun pelawak itu meminta ruang untuk menyelesaikan beberapa isu keluarga terlebih dahulu.

Untuk rekod, Chot dan Jaja mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2017 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmed Sher Hayyaz yang kini berusia empat tahun.

Pada 8 Oktober 2018, Chot dan Jaja diuji selepas anak pertama mereka yang baharu berusia sebulan meninggal dunia kerana menghidap penyakit injap jantung terbalik.

Pasangan ini akhirnya bercerai pada 15 Mac tahun lalu.

Difahamkan Chot mendirikan rumah tangga dengan Zurina yang berstatus janda anak tiga itu pada 23 Januari lalu.

Sumber : Mstar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*