Bkas isteri Trkejut 3kali lafaskn cerai, Akhirnya Catfarish masuk k0men dedah status sebenar

Bkas isteri Trkejut 3kali lafaskn cerai, Akhirnya Catfarish masuk k0men dedah status sebenar

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Cat Farish didakwa melafazkan cerai sebanyak tiga kali terhadap isterinya Suriani Hassan sehingga wanita itu tertanya-tanya mengenai puncanya.

Terbaru, menurut laporan Xtra, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli mengesahkan dia dan isteri sudah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Penyanyi berusia 48 tahun itu menjawab pertanyaan seorang pengikut berhubung perbicaraan kes perceraiannya yang berlangsung di mahkamah pada 16 Januari lalu. Rujuk balik atau berpisah?

“Kami pilih untuk jalan haluan masing-masing,” balas Cat di ruangan komen pada sebuah posting dimuat naik baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pelakon filem Jangan Pandang Belakang Congkak itu tidak berkongsi secara terperinci mengenai perpisahan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Farish (@catfarish)

Terdahulu, Suriani membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember lalu bagi menentukan jumlah talak yang dilafazkan Cat. “Sebelum ini, saya cuba menghubungi Cat sebanyak tiga kali bagi menyelesaikan perkara ini, tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas.

“Jadi, saya anggap dia memang berniat untuk ceraikan saya dan berharap kes ini akan selesai segera,” kata wanita berusia 37 tahun itu.

“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan. Saya terkejut apabila dia melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.”

Demikian kata isteri kepada penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 48, iaitu Suriani Hassan, 36, yang diceraikan pada 13 Disember lalu walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020 namun tidak dikurniakan cahaya mata. Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar, 11.

Sumber : oh my media

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*