Dlpecat parti sendiri Dipinang TMJ. Berpengelaman dan terbukti, Sekali ni Balas KJ

Dlpecat parti sendiri Dipinang TMJ. Berpengelaman dan terbukti, Sekali ni Balas KJ

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya tidak menunggu lama untuk ‘meminang’ Khairy Jamaluddin bagi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas ini.

Tawaran itu dibuat oleh pemilik JDT itu di laman Story Instagram miliknya hari ini.

Dalam tulisannya, beliau mahu melantik Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ sebagai CEO kelab dan juga penasihat pembangunan akar umbi pasukan terbabit.

“CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor,” tulisnya.

Keinginan Tunku Ismail itu dilihat tepat di mana Khairy cukup meminati sukan bola sepak.

Malah, bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga amat berpengalaman dalam hal ehwal bola sepak tempatan apabila pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2007.

Khairy juga adalah bekas Menteri Belia dan Sukan dari 2013-2018 di mana beliau mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat yang boleh dipasarkan ke luar negara.

Mungkin bekas Menteri Kesihatan itu boleh mempertimbangkan tawaran terbabit kerana beliau kini dilihat memiliki banyak masa terluang selepas tidak lagi aktif dalam politik apabila dipecat oleh UMNO, semalam.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya.

Hishammuddin dan Shahril mengikuti senarai pemimpin terbaru yang digantung, selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar memaklumkan menerima keputusan sama malam ini. Turut digantung keahlian selama enam tahun, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Sumber : Hmetro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*