Bella Astillah dedah ada pelakon wanita cuba ‘sondol’ Aliff Aziz

Bella Astillah dedah ada pelakon wanita cuba ‘sondol’ Aliff Aziz

Beberapa gosip sebelum ini ada mendakwa bahawa penyanyi dan juga pelakon, Aliff Aziz dikatakan kembali curang apabila beredar khabar angin berkenaan hal tersebut.

Namun, isterinya, Bella Astillah telah tampil menafikan dakwaan berkenaan dan meminta pihak-pihak tidak bertanggungjawab berhenti membuat fitnah terhadap hubungan mereka.

Ada pelakon wanita mengaku tersuka
Dalam perkongsian terbaru Bella Astillah ke saluran Budiey Channel, dia telah mendedahkan bahawa memang ada pelakon wanita yang cuba ‘menghimpit’ suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Budiey Channel (@budiey)

Kerap misscall suami
Jelasnya lagi, heroin drama tersebut menyatakan yang dia sudah tersuka tanpa sengaja kepada Aliff dan sedar tindakannya kurang bijak.

Ujar Bella, dia pada awalnya pelik mengapa pelakon tersebut sentiasa cuba menghubungi suaminya dan menghantar mesej yang tidak perlu sehingga membuatkan mereka suami isteri kurang selesa.

Marah sebab dia pun pelakon
Selepas diselidik, rupanya nombor telefon berkenaan adalah milik pelakon terbabit dan Bella mengakui yang dia marah saat itu kerana dia juga seorang pelakon namun tidak pula pasangan lakonannya dalam drama diluar waktu bekerja.

Risau kejadian lama berulang kembali
Dalam temu bual itu juga, pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui yang dia sedikit risau andai kejadian lama terulang kembali kerana pernah melalui kisah duka tersebut.

Akan tetapi, Aliff sendiri menyakininya dan sering mengajaknya untuk sama-sama datang ke lokasi pengambaran bagi menemaninya bekerja.

Diakhir kenyataan Bella, dia menitipkan pesanan kepada ‘heroin itu’ supaya menjaga adab apabila bekerja dengan suami orang.

Untuk rekod, Bella Astillah ketika ini sedang sibuk berentap di pentas Famili Duo bersama Wani Kayrie dan sudah layak ke final program tersebut.

Aliff Aziz pula bakal muncul dalam drama terbaru di TV3 di slot Akasia bergandingan dengan pelakon cantik, Sophia Albarakbah.

Sumber: Instagram Budiey Channel

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*