Nik4h di Thailand, Ini responnd Datuk Yusof Haslam lepas dpt tau Ira Kazar sudah mengandung.

Nik4h di Thailand, Ini responnd Datuk Yusof Haslam lepas dpt tau Ira Kazar sudah mengandung.

Umum sedia maklum, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam lebih selesa untuk mengambil keputusan berdiam diri daripada mengulas isu kontroversi rumah tangga anaknya yang sudah berkahwin dua.

Namun begitu, menurut laporan mStar, tersebar pula khabar angin yang mengatakan isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar kini dikatakan sedang berbadan dua namun, Yusof Haslam memilih kunci mulut sahaja.

“Dia hamil atau tidak saya tak tahu. Saya tak nak komen. Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih.

“Dia juga pesan agar tidak bercakap banyak kerana tahu wartawan akan mengejar saya hari ini (Isnin),” katanya.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang yang profesional, Yusof Haslam mengakui dia tidak pernah mengelak daripada bertemu dengan media dan perlu menjawab segala persoalan jika ditanya.

“Saya kena hormat kerja wartawan yang menjalankan tugas. Kalau ditanya saya akan cuba jawab sebaik mungkin,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, dia enggan untuk memberi jawapan mengenai kepulangan Syamsul ke rumah namun, akan tetap memberi sokongan sepenuh terhadap kerjaya anaknya sebagai seorang penggiat seni.

“Saya tak nak cakap Syamsul balik rumah atau tidak. Saya sentiasa doakan untuk Syamsul, Puteri Sarah dan dua cucu saya.

“Saya tahu Syamsul pun tengah tertekan sekarang. Saya tetap sayang dia. Walau sebelum ini kata-kata saya macam marah, tapi itu hanya di mulut sahaja. Hati tetap sayang.

“Soal apa yang berlaku di masa akan datang, biarlah Allah tentukan,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Syamsul telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan khabar tersebut didedahkannya kepada umum pada 5 Januari lalu.

Sumber: mStar (Farol Hadi), OMM

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*