Baru je tvlar kisah lra sedang hamiI, Akhirnya Muatnaik sesuatu Ini ayat padu syamsul

Baru je tvlar kisah lra sedang hamiI, Akhirnya Muatnaik sesuatu Ini ayat padu syamsul

Siapa pernah jumpa pengarah terbaik Malaysia, Syamsul Yusof? Kalau korang jumpa depan-depan mesti akan terkejut sebab perwatakan Syamsul ni ceria jer. Dia cuma tegas sikit kalau tengah buat penggambaran jer.

Apapun, Syamsul melalui perkongsian terbarunya di TkTok menyeru orang ramai untuk menegurnya jika terserempak di mana-mana lokasi sekali pun.

Nampak abang kat luar tu, tegur-tegur lah ye. Terima kasih Allah. – Tulis Syamsul di kapsyen TkTok.

LIHAT VIDEO DISINI

Dalam video itu, Syamsul dilihat bergambar dengan beberapa orang awam yang terserempak dengannya ketika sedang mengisi minyak di Petronas.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh pengarah yang berusia 38 tahun itu meskipun sedang menghadapi kemelut rumah tangganya bersama pelakon, Puteri Sarah.

Terdahulu, ENGGAN lagi memanjangkan isu rumah tangga anaknya berkahwin dua, penerbit Datuk Yusof Haslam lebih selesa mengambil langkah berdiam diri daripada mengulas kontroversi melibatkan Syamsul Yusof.

Yusof berkata, tindakan itu juga sebagai menjaga hati isteri, Datin Patimah Ismail yang kini masih bersedih selepas Syamsul mengumumkan pernikahannya dengan Ira Kazar pada awal Januari lalu.

Penerbit dan pengarah itu juga enggan mengulas khabar angin mendakwa Ira kini sedang hamil. “Dia hamil atau tidak saya tak tahu. Saya tak nak komen.

Yusof enggan lagi memberi komen tentang perihal rumah tangga Syamsul. “Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih.

“Dia juga pesan agar tidak bercakap banyak kerana tahu wartawan akan mengejar saya hari ini (Isnin),” katanya kepada media. Yusof ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Harum Malam yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada malam Isnin.

Memahami kedudukannya sebagai seorang yang dikenali, Yusof juga dalam masa sama tidak mengelak bertemu sekumpulan media ketika diserbu pada majlis tersebut.

“Sebagai orang seni, saya kena jawab apabila ditanya. Menjadi sasaran di media sosial juga adalah satu perkara yang perlu saya sedia daripada awal. Soal apa yang berlaku di masa akan datang, biarlah Allah tentukan. Datuk Yusof Haslam.

“Saya kena hormat kerja wartawan yang menjalankan tugas. Kalau ditanya saya akan cuba jawab sebaik mungkin,” ujarnya. Dalam pada itu, Yusof turut enggan mengulas apabila ditanya sama ada Syamsul sudah bertemu dengannya dan isteri selepas dilaporkan sudah lama tidak pulang ke rumah.

Yusof berkata, sebagai bapa dia sentiasa menyokong apa sahaja kerja yang sedang dilakukan Syamsul dan berharap segala masalah akan dapat diselesaikan segera. Puteri Sarah sudah memfailkan cerai terhadap Syamsul.

Saya tak nak cakap Syamsul balik rumah atau tidak. Saya sentiasa doakan untuk Syamsul, Puteri Sarah dan dua cucu saya.

Saya tahu Syamsul pun tengah tertekan sekarang. Saya tetap sayang dia. Walau sebelum ini kata-kata saya macam marah, tapi itu hanya di mulut sahaja. Hati tetap sayang.

Sumber : ohmedia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*