“Org bercinta pun rindu.. apatah lagi dengan..”- Akhirnya Ini Luahan Adam Shahz Selepas Bekas Isterinya Kahwin Baru

“Org bercinta pun rindu.. apatah lagi dengan..”- Akhirnya Ini Luahan Adam Shahz Selepas Bekas Isterinya Kahwin Baru

Pelakon Adam Shahz mengakui sudah tiga bulan tidak berjumpa mahupun berhubung dengan anak hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isteri, Fatin Afeefa iaitu Ivy Herra Sophia, 7 tahun.

Adam berkata sebagi bapa dia terlalu rindukan anaknya dan berharap dapat melihat anaknya membesar di depan mata.

“Orang bercinta pun rindu, apatah lagi, anak. Memang saya sangat rindukan anak, tetapi tak mengapa, kita tunggu keputusan mahkamah.

“Ini bukan harapan saya sahaja, tetapi juga bapa-bapa tunggal. Apabila berlaku perceraian, kita kena ingat walau apapun, itulah ibu dan bapa. Hubungan tidak akan putus sampailah mati, lebih lagi, hubungan anak perempuan dan bapanya.

“Saya tidaklah kata baik, tetapi kalau boleh, proses pembesaran anak dalam keadaan sihat,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai perkembangan perbicaraan berhubung kes hak penjagaan anaknya itu Adam berkata, mereka akan kembali ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 28 Februari ini.

“Kami menjalani perbicaraan pertama pada 28 Februari ini. Tempoh hari adalah majlis sulh di mana melihat sama ada kami perlu ke mahkamah atau tidak.

“Bila tidak mencapai kesepakatan, jadi diteruskan ke mahkamah bagi hak penjagaan atau hak lawatan anak.

“Sebelum ini, kami tidak pernah menetapkan hak penjagaan. Siapa lapang, boleh jaga anak,” katanya lagi.

Terdahulu, perkahwinan Adam dan Fatin pada 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun, sebelum bercerai pada Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Ivy Herra Sophia. Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin sudah memiliki cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Disindir Suami Fatin Afeefa, Ini Komen Adam Shahz – “Saya Rasa Lebih Baik…
Pelakon Adam Shahz akui hanya mengetahui mengenai video dirinya disindir suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang di Mahkamah Syariah Shah Alam baru-baru ini selepas dikirimkan oleh seseorang kepadanya.Pun begitu, Adam tidak berniat hendak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Saya sebenarnya tak tahu menahu mengenai video itu sehingga ada orang yang mengirimkan kepada saya. Itu pun selepas saya pulang dari mahkamah.

“Saya pun tak tahu nak komen apa sebab saya rasa lebih baik saya berdiam diri sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

Adam ditemui ketika Malam Gala Tayangan Fielm Coast Guard di Dadi Cinema, Pavilion malam semalam.

Pada prosiding perbicaraan kali pertama Hak Penjagaan Anak mereka di Mahkamah Syariah Shah Alam, minggu lalu suami Fatin didakwa memerli Adam apabila berkongsi sebuah video menyebut tentang satu petikan yang digantung pada dinding di perkarangan mahkamah tersebut.

“Gunalan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya,” tulis petikan berkenaan.

Apabila ditanya apakah perasaannya diperlaku begitu, Adam akui sudah lali.

“Selama lima tahun berpisah dengan Fatin pun banyak perkara dah berlaku sehingga saya dah lali.

“Jadi apa lah sangat apa yang bekas suami dia buat kepada saya ini,” responnnya.

Sebelum ini, Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.Sehubungan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut akan disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*