Lengan & peha ‘berotot’, ramai geram tengok kecomelan Bilal

Lengan & peha ‘berotot’, ramai geram tengok kecomelan Bilal

Kecomelan anak selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Bilal membuatkan orang ramai tidak pernah jemu bagi melihat gelagat kanak-kanak tersebut di media sosial.

Selain kisah rumah tangga artis, sambutan ulang tahun kelahiran Bilal yang pertama minggu lalu sedikit sebanyak dapat menghilangkan ‘kebosanan’ netizen termasuk di aplikasi TikTok.

Seorang peminat Neelofa, @seorangnur memuat naik pelbagai gambar dan video memaparkan telatah Bilal sepanjang majlis hari jadinya sehingga meraih jutaan tontonan bagi setiap postingan.

LIHAT VIDEO DISINI

Perkongsian tersebut membuatkan ramai berasa teruja dan tumpang gembira, apatah lagi gelagat Bilal jarang dipertontonkan kepada umum.

Rata-rata meluahkan rasa ‘geram’ apabila melihat lengan dan peha Bilal yang berotot selain wajah comel seiras sepupunya Jebat Jayden.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah selebriti Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Sumber: TikTok @seorangnur

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*