Tak pernah meminta pada suami, Neelofa dapat gelang tangan sempena hari lahir ke-34

Tak pernah meminta pada suami, Neelofa dapat gelang tangan sempena hari lahir ke-34

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa berkongsi kata-kata istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-34 tahun hari ini bersama pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah hantaran, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan penghargaan buat suaminya, Haris Ismail yang menjalankan tanggungjawab mendidik dan memberi kasih sayang sejak melayari alam rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Neelofa berkata, suaminya yang juga pendakwah selebriti itu sentiasa cuba membahagiakan pasangan meskipun dirinya tidak pernah meminta-minta dari aspek keperluan atau kebendaan.

“Terima kasih buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal. Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini…
“…dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah. Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya,” tulisnya.
Pada masa sama, bekas pengacara program MeleTOP itu turut menerima seutas gelang tangan berwarna silver sebagai hadiah hari lahir daripada suaminya selain mendoakan kebahagiaan buat keluarga kecilnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat memberikan ucapan hari lahir dan mendoakan agar Neelofa dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh kebahagiaan dunia akhirat.

Subhanallah.. bahagia ke jannah

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Sumber: Instagram Neelofa

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*