“Kalau kata saya mati sebab ini, saya…” – Selain garam, ada lagi yg meng3rikn Ali Puteh jumpa, slps kakak iparnya dtg rumah.

“Kalau kata saya mati sebab ini, saya…” – Selain garam, ada lagi yg meng3rikn Ali Puteh jumpa, slps kakak iparnya dtg rumah.

Susulan pendedahan balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali mengenai tidak dibenarkan masuk ke rumah peninggalan, pelawak Ali Puteh tampil bersuara.

Bukan nak sebar aib

Menerusi video di Instagram (IG), Ali menegaskan dia dan keluarga tidak tinggal di rumah tersebut selepas ibunya, Sabariah Arshad, meninggal dunia pada 30 September 2021.

Dedah pelawak berumur 33 tahun, dia telah menjumpai taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung di luar pagar rumah sejurus Hidayah beredar pulang.

Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia.

Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif.

Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah.

Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!

Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan. Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah.

Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya.

Bayar ansuran

Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menyatakan dia sudah berbincang dengan peguam untuk melunaskan bayaran RM60,000 secara ansuran.

Kes mahkamah dah selesai dan saya kalah. Saya okey. Saya akan buat bayaran secara ansuran cuma menunggu jawapan.

Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam selang beberapa minit dikongsikan kepada umum.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.

Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

LIHAT VIDEO DISINI

Sumber: Instagram, ohbulan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*