“Hadam betul2….jgn main rembat… makan diri nanti…” Setepek abang Hidayah ‘sound’ Ali Puteh.

“Hadam betul2….jgn main rembat… makan diri nanti…” Setepek abang Hidayah ‘sound’ Ali Puteh.

Kemelut antara balu kepada pelawak terkenal, Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali dengan adik arwah, Ali Puteh nampaknya belum selesai.

Setelah berbalas-balas perkongsian di media sosial, banyak pihak telah sama mengeluarkan kenyataan termasuklah abang kepada Hidayah dikenali sebagai Mohd Azmier.

Hadam betul2 hukum faraid

Menerusi Facebooknya, dia meminta agar ‘pihak sebelah sana’ untuk memahami betul-betul berkenaan hukum faraid lebih-lebih lagi arwah mempunyai anak lelaki yang masih kecil.

Dia yang memuat naik sekali video potongan ceramah dari seorang ustaz telah meminta supaya Ali mengambil tahu lebih dalam berkenaan hukum faraid dan tidak membuat kesimpulan dengan sesuka hati sendiri.

“Hadam betul2 hukum jangan main rembat je, makan diri nanti. Bak kata ustaz bab2 harta ni depa suka berdrama berepisod2,” tulisnya.

Jangan asyik mengelak bayar saman

Sebelum ini, Azmier pernah memerli pelawak tersebut yang dikatakan cuba mengelak untuk membayar saman walaupun sudah diberi notis sebanyak dua kali. Ujarnya, ‘pihak disana’ mengambil jalan berdiam diri walaupun sudah diberi waktu tambahan.

Terdahulu, video Hidayah menyatakan yang dirinya tidak dibuka pintu sewaktu datang ke rumah peninggalan suaminya.

Namun, tak lama selepas itu, Ali Puteh telah memuat naik video mengatakan yang rumah tersebut telah ditabur garam dan kulit limau seolah-olah menuduh perbuatan tersebut datang dari kakak iparnya.

Walau bagaimanapun, video berkenaan telah dipadam dan masalah tersebut kekal berlarutan hingga saat ini.

Sumber: Faebook Mohd Azmier Zmier

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*