
(VIDEO) “Doakan Majlis Kami Dipermudahkan” – Shuib Bagi Bayangan Bakal Kahwin Dengan Watie Dalam Masa Terdekat? Lihat Video..
Satu perkongsian video TikTok daripada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu telah mencuri perhatian warga maya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Shuib yang segak dengan rambut baru ada mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan serta berharap agar ‘majlis mereka’ dipermudahkan.
LIHAT VIDEO DISINI
Ia sekaligus mengundang spekulasi dalam kalangan netizen yang merasakan Shuib dan kekasih, Watie bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Menjengah ke ruangan komen, peminat dan juga rakan artis tampil menitipkan kata-kata serta doa positif buat pelawak itu yang kini sedang mengecap bahagia bersama kekasih tersayang.
Semoga dipermudahkan segala urusan, cepat nikah.
Terdahulu, muncul desas-desus yang mengatakan bahawa Shuib akan bernikah pada bulan Mac yang akan datang bersama seorang wanita bergelar ahli perniagaan.
Namun begitu, dia menafikan khabar angin tersebut tetapi tidak mengenai hubungannya dengan Watie.
Malah, Shuib dan kekasihnya itu dilihat semakin terbuka menunjukkan kemesraan seperti makan malam dan menonton konsert bersama-sama, sekaligus mengiyakan gosip antara mereka berdua
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment