Akhirnya Ali Puteh Beritahu Kenapa Dia Tidak Serahkan Kunci Rumah Arwahh Abam Kepada Bekas Kakak Ipar, Hidayah

Akhirnya Ali Puteh Beritahu Kenapa Dia Tidak Serahkan Kunci Rumah Arwahh Abam Kepada Bekas Kakak Ipar, Hidayah

Nama pelawak, Ali Puteh hangat menjadi perbualan di media sosial, lebih-lebih lagi selepas timbul kontroversi berhubung rumah arwah abangnya, Abam Bocey.

Susulan itu, rata-rata netizen mula memetik mengenai hutang Ali yang berjumlah RM60,000 terhadap balu abam, Siti Norhidayah Mohd Ali yang ditetapkan oleh mahkamah.

Memetik laporan Harian Metro, hasil perbincangan peguam mereka, Ali Puteh dikhabarkan bakal membayar hutang tersebut secara ansuran kepada Hidayah.

“Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu arwah dengan duit saya sendiri.

“Peguam saya juga sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada peguam balu arwah tetapi pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran itu,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada balu Abam atas kesalahan mengeluarkan kata-kata mengaibkan di Instagram pada dua tahun lalu.

KENAPA TIDAK SERAHKAN KUNCI RUMAH?

Menerusi laporan sama, Ali turut tampil menjelaskan mengenai kunci rumah Abam yang diminta oleh Hidayah namun tidak diberikan kepadanya.

Difahamkan, Ali berkata punca dia tidak memberi kunci kepada Hidayah adalah kerana rumah tersebut masih dalam kes tuntutan faraid.

“Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arwah dan ia masih belum selesai,” katanya.

Menerusi luahan hati Hidayah, dia mendakwa rumahnya itu dalam keadaan terbiar, namun Ali menafikan isu tersebut.

Ali meluahkan rasa kesal dan berkata adiknya menetap di rumah tersebut sehingga kes faraid selesai.

“Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan memburukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arwah Abam meninggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?”

“Dia datang ke rumah Abam dengan dua kereta bersama peguam secara mengejut dan tidak memaklumkan perkara itu kepada saya mahupun peguam.

“Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mendakwa kami tidak melayannya?

“Sedangkan rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu,” katanya yang berharap penjelasan ini dapat membersihkan namanya dan keluarga,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*