Minta jgn guna nama Sepahtu, Shuib dengan Jep ada masalah kawan2?

Minta jgn guna nama Sepahtu, Shuib dengan Jep ada masalah kawan2?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Shuib Sepahtu mengumumkan dirinya terlibat dalam program baru terbitan Adtro iaitu Ubi Superstar Live yang bersiaran pada setiap Khamis bermula 23 Februari ini.

Netizen teringat video live Jep di TkTok
Pengumum tersebut telah menjadi pertikaian netizen susulan baru-baru ini, ahli kumpulan Sepahtu, Jep telah membuat live di aplikasi TkTok dengan menjawab beberapa soalan berkenaan penglibatan Shuib dalam kumpulan lawak tersebut.

Ujarnya, dia sudah pun memujuk dan memperbincangkan hal ini namun dia faham dengan komitmen masing-masing dan enggan memaksa kerana semuanya sudah ada kerjaya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Boleh join radio & program lain, tapi bukan dengan Sepahtu. Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat Shuib, ramai yang berasa kurang senang apabila dia terlibat dalam program yang bukan bersama Sepahtu.

Para peminat kumpulan tersebut kebanyakkannya meluahkan rasa kecewa dan ada diantara mereka meminta agar Shuib tidak lagi menggunakan nama ‘Sepahtu’.

Untuk rekod, Shuib telah mengumumkan mahu berehat dari Sepahtu Reunion live pada 2020. Namun, dia ada membuat ‘comeback’ dalam satu episod program tersebut beberapa bulan selepas pemergian Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Walau bagaimanapun, dia nekad untuk tidak lagi bersama program tersebut apabila mengatakan yang pihak produksi sudah tahu alasannya dan dia enggan memanjangkan isu tersebut.

Sumber : oh my media

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*