“Dikhlanati oleh orang yang diberikan kasih sayang..” Makin Rmai Suami cvrang, Ustazah Asma Iuah sesuatu

“Dikhlanati oleh orang yang diberikan kasih sayang..” Makin Rmai Suami cvrang, Ustazah Asma Iuah sesuatu

Perkongsian pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Asma menulis berkaitan isu dikhianati dalam sebuah perhubungan.

Menurut Asma, ramai golongan wanita tersakiti gara-gara dikhianati oleh orang yang tersayang sedangkan mereka berhak untuk bahagia.

“Dikhianati oleh orang yang dipercayai memang menyakitkan, namun dikhianati oleh orang yang diberikan kasih sayang dan pengorbanan lagi perit.

“Ramai wanita terutamanya, masih tidak boleh melepaskan beban dan kesan dikhianati, emosi sesak dan perit dada ketika mengingati pengkhianatan itu dibawa kemana-mana, walaupun saat sepatutnya menikmati bahagia,” tulis Asma ringkas.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Asma itu telah meraih 3, 400 tanda suka dan lebih 60 komen.

Sebelum ini, Asma turut berkongsi penulisannya berkaitan kejujuran dalam perhubungan di media sosial.

Terdahulu, Nampaknya kemelut rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof seakan menemui titik muktamad. Semalam, aktres berkenaan rasmi mengumumkan bakal membuat tuntutan talak pada Isnin hadapan. 4 tahun bersabar, dia tidak boleh terima tindakan suami yang berpoligami dengan cara kurang wajar.

Sarah usaha dari peringkat awal macam mana nak pertahankan rumah tangga. Puteri Sarah pernah dedahkan pihak ketiga sendiri yang muncul mengaku ada hubungan dengan suaminya. Pengakuan terbabit disifatkan umpama tiada hati perut kerana saat itu, Sarah berada di penghujung kehamilan untuk melahirkan anak keduanya, Sumayyah berbaki 1 hari lagi.

Menerusi perkongsian dari mStar, Ustazah Asma’Harun sempat bercerita mengenai usaha wanita tersebut yang cuba menyelamatkan rumah tangga. Block setahun, memang tidak wajar sebab di situlah komunikasi.

Walau diduakan, waktu itu Sarah masih ada rasa sayang kepada Syamsul dan tetap mahu mempertahankan kehidupan mereka. Tidak sempat bersemuka kerana komitmen kerja, penceramah ini hanya memberikan tips, doa dan juga zikir.

Di samping itu, dia menegaskan perbuatan suami atau isteri menyekat pasangan masing-masing adalah tidak wajar kerana di situlah terletaknya pintu komunikasi. Puteri Sarah dah cuba macam-macam, tapi sekarang air mata dah takde.

Sumber : xtra

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*