Buat program motivasi sana sini tp minta pergi JPN daftar Mykid tk nak, Akhirnya ini Tlndakn cik pia

Buat program motivasi sana sini tp minta pergi JPN daftar Mykid tk nak, Akhirnya ini Tlndakn cik pia

Usia bayi sudah hampir memasuki usia 2 bulan, siapa sangka sengketa Cik Pia dan suaminya masih belum berkesudahan. Bermula dengan tindakan tidak menemani isteri bersalin, hingga saat ini lelaki terbabit dikatakan masih enggan berikan kerjasama bagi urusan pendaftaran MyKid anak mereka.

Pergi event sana sini semua boleh…Kenapa masa nak daftar anak banyak alasan? Bayangkan saat berada dalam pantang, Cik Pia atau nama sebenarnya, Nursufia Johari gagah mencari sumber pendapatan lantaran diabaikan sepenuhnya oleh suami sendiri.

LIHAT VIDEO DISINI

Meskipun TkTok Guru tersebut pernah menyebar fitnah dan aibnya dahulu, kini Cik Pia hanya mahu fokus membesarkan anak-anaknya. Apakan daya saya sebagai pengemis kepada si bapa…Menunggu 1 atau 10 tahun?

Di saat dia terus berjuang pergi ke JPN, si suami masih tidak muncul lagi. Ibarat mengetepikan hak anak sendiri untuk berbinkan nama bapa kandung, dia terus mengutamakan hal kerja dan sibuk pergi ke pelbagai acara tanpa menghiraukan permintaan Cik Pia berkenaan pendaftaran MyKid.

Takde ke akta untuk bapa yang tak bertanggungjawab? Dah tua nanti jangan buat cerita sedih ye.

Sebak dengan nasib yang menimpa, netizen mendoakan agar Cik Pia terus kuat. Bahkan mereka berharap semoga satu hari nanti suaminya akan mendapat balasan sewajarnya.

Dunia sentiasa berputar, kifarah Allah pula sentiasa ada. Maka ada netizen yang sudah membayangkan situasi bagaimana seorang anak mengabaikan ayahnya ketika tua jika mereka bersikap seperti ini.

Meskipun jelas-jelas Cik Pia adalah pihak yang teraniaya dalam konflik ini, mereka hairan kerana ada segelintirnya masih menyokong perbuatan si suami.

Sumber : erinsakura

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*