‘Dia pilih saya..’ Syamsul bkal makan Hatl, Sarah umum bakal ‘pindah’ ke negara seberang?

‘Dia pilih saya..’ Syamsul bkal makan Hatl, Sarah umum bakal ‘pindah’ ke negara seberang?

Pelakon, Puteri Sarah Liyana bakal melebarkan sayapnya ke Indonesia selepas terpilih untuk membintangi sebuah projek filem di sana.
Menurut Puteri Sarah, filem tersebut merupakan sebuah projek berskala besar dan dia kini sedang giat melakukan persediaan.

“Namun, saya tak boleh nak dedahkan secara terperici berkaitan filem ini. Bila mereka dah putuskan nanti, baru saya akan kongsikan,” katanya kepada MH.

Tam bah ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, peluang tersebut secara kebetulan hadir selepas dia dipilih untuk menjadi duta bagi sebuah produk makanan tambahan.

“Baru-baru ini saya dilantik sebagai duta produk makanan tambahan. Ditakdirkan Allah mahu memberikan rezeki yang besar buat saya apabila pemilik produk tersebut juga merupakan produser bagi filem-filem di Indonesia.

“Jadi, dia mengambil saya berlakon selepas melihat kebolehan saya. Pemilihan ini dibuat bukan kerana saya menjadi duta. Tawaran ini turut diberikan kepada orang lain tetapi mereka nampak potensi saya.

Katanya lagi, dia juga telah bertemu dengan produser dan pengarah di Indonesia bagi membincangkan mengenai filem tersebut.

“la bukan keputusan satu pihak dan saya juga telah berjumpa dengan produser dan pengarah di sana. Mereka menilai saya sama ada boleh atau tidak bawakan watak ini.

“Tidak kisah jadi duta atau tidak, kalau mereka tak mahu, tetap tak boleh juga. Mereka ada menonton drama-drama saya sebelum ini sebagai rujukan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar segala urusannya sewaktu penggambaran nanti akan sentiasa dipermudahkan.

“Doakanlah segala urusan saya dipermudahkan untuk filem ini. Nantikan projek ini kerana saya Bakal berlakon dengan aktor pujaan ramai. Nak tahu siapa? Nantikanlah,” akhirinya.

Sumber : MH

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*