“Allah gantikan dgn nikmat yg tak disangka2…” – Isteri Hafidz Roshdi luahkn ini berlaku stlh dilafaz c3rai.

“Allah gantikan dgn nikmat yg tak disangka2…” – Isteri Hafidz Roshdi luahkn ini berlaku stlh dilafaz c3rai.

Seakan tidak percaya, hari ini kecoh di media sosial apabila pelakon Hafidz Roshdi didakwa telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menurut laporan Harian Metro, aktor yang berusia 28 tahun itu telah menceraikan isterinya itu dengan talak satu dengan bersaksikan ahli keluarga.

Khabar berita tersebut sudah semestinya mengejutkan ramai pihak malah, difahamkan Nurul Shuhada bakal memfailkan cerai pada 1 Mac yang juga merupakan tarikh ulang tahunnya yang ke 29 tahun.

Namun begitu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di IG storynya, dia telah berkongsi sebuah kata-kata yang seakan-akan memberi bayangan terhadap situasi yang dialaminya pada ketika ini telah mengundang perhatian ramai.

“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak..aamiin Ya Mujib,” ujarnya.

Terdahulu, rumah tangga Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada telah diganggu oleh pihak ketiga yang bernama Athirah Yuhada malah, wanita tersebut mengakui perkara tersebut dan meminta maaf kepada isteri pelakon itu.

Bukan itu sahaja, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih.

Sekadar info, Hafidz telah membina mahligai bersama isterinya pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram @shushukriii, OMM

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*