Mona Allen Bertudung Selepas Dikurniakan Zuriat

Mona Allen Bertudung Selepas Dikurniakan Zuriat

Pelakon Mona Allen berkata dia menunaikan hajat dan tekad untuk berhijab selepas dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Ogos tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Mona berkata dia bernazar tanpa pengetahuan suaminya, Pekin Ibrahim dan berhajat untuk bertudung selepas menimang cahaya mata.

“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.

“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.

“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya.

Sebelum ini, perkongsian Mona menjadi perhatian ramai apabila memuat naik imejnya bertudung di media sosial. Bagaimanapun, Mona berkata dia belum bersedia untuk mengatakan dia sudah bertudung sepenuhnya.

SUMBER HARIAN METRO

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*