“Tldak mahu Aleesya trganggu kalau saya..” lsu rumah tangga bekas suami, Akhirnya Erra Fazira dedah kaitan Anak

“Tldak mahu Aleesya trganggu kalau saya..” lsu rumah tangga bekas suami, Akhirnya Erra Fazira dedah kaitan Anak

Pelakon popular, Erra Fazira memaklumkan dia tidak tahu akan konflik rumah tangga yang berlaku bekas suaminya, Engku Emran bersama isteri, Noor Nabila yang dikhabarkan sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam fasa penceraian.

Menurut laporan Kosmo, Erra enggan untuk masuk campur dalam kemelut yang dihadapi oleh pasangan tersebut pada ketika ini kerana mahu menghormati sensitiviti keluarga mereka.

“Secara jujurnya saya tidak masuk campur urusan bekas suami saya walaupun kami mempunyai anak yang menjadi perantara antara kami.

“Saya menghormati kehidupan dia. Saya sendiri pun tidak pernah tanya masalahnya. Antara saya dengan Engku Emran hanyalah disebabkan anak kami, Engku Aleesya,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Gerak Khas The Movie itu mendedahkan dia tidak mahu mengambil kisah mengenai perkara tersebut kerana untuk mengelakkan fikiran anaknya terganggu.

Malah, aktres yang berusia 49 tahun itu mengakui dia mengetahui konflik rumah tangga antara Engku dan Nabila melalui laporan media sahaja.

“Saya menghormati anak saya. Saya tidak mahu Aleesya terganggu kalau saya tanya tentang bapanya. Saya hanya buat seperti biasa sahaja.

“Kalau dia mahu kongsikan, boleh. Kalau tidak mahu pun, tak mengapa. Sehingga ke hari ini memang saya tidak tahu apa-apa. Saya tahu pun hanya melalui laporan media sahaja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila terdapat khabar angin yang mengatakan Engku Imran dan Noor Nabila sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu.

Malah, dikhabarkan juga hubungan pasangan tersebut bakal menemui jalan penghujung malah, Nabila turut bertindak memadam kesemua gambar suaminya di media sosial.

Sekadar info, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 2007 namun telah bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

Bahkan, Engku kemudiannya berkahwin dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun turut berakhir dengan penceraian.

Sumber : oh my media

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*