“Lepas ini pegang2 tak kena marah dah” – Isteri Fuad Rahman kongsi foto nikah

“Lepas ini pegang2 tak kena marah dah” – Isteri Fuad Rahman kongsi foto nikah

Semalam, pasangan penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman dan Tom telah selamat disatukan sebagai suami isteri di Batam, Indonesia dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.

Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram di IG storynya, dia berkongsi beberapa gambar pada hari pernikahan.

“Yeay dah sah. Lepas ini boleh pegang-pegang, tak kena marah dah,” ujarnya
Bagaimanapun, penyanyi yang berusia 37 tahun itu turut memaklumkan ibunya tidak dapat hadir bersama ke hari bahagianya namun, dia bersyukur dengan restu yang diberikan.

Terdahulu, pengurus tom iaitu Alan mendedahkan pasangan pertandingan Gegar Vaganza 9 itu telah bernikah di Batam, Indonesia bertujuan untuk memudahkan urusan perkahwinan mereka.

Malah, Tom dan Fuad akan daftar perkahwinan mereka sejurus pulang ke Kuala Lumpur nanti dan majlis resepsi mereka akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sekadar info, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2005 namun ikatan itu terputus dipertengahan jalan selepas Fuad dijatuhkan hukuman penjara selepas disabit kesalahan mengenai penyalahgunaan dadah.

Sumber: Instagram @raja_king_tom

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*