Babak bersama Azhan Rani bertukar tragedi, tulang mata kiri Fasha Sandha patah terhentak bucu katil

Babak bersama Azhan Rani bertukar tragedi, tulang mata kiri Fasha Sandha patah terhentak bucu katil

PELAKON Fasha Sandha terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan pakar di Johor Bahru, Johor pada Rabu akibat mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya.

Mata aktres berusia 39 tahun itu cedera dipercayai akibat terjatuh ketika menjayakan salah satu babak di set penggambaran drama berjudul Anak Tuan arahan Along Kamaludin.

Menerusi kenyataan yang dibuat menerusi Instagram oleh pihak pengurusannya, Fasha cedera selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.

Video yang dikongsi turut menunjukkan, Azhan menarik rambut Fasha dari tangga sebuah rumah sebelum menolaknya dan kemudian kepalanya terhentak di bucu katil berkenaan.

Antara babak drama Anak Tuan di antara Azhan dan Fasha sebelum berlaku kemalangan tersebut.

“Fasha sedang berehat secukupnya kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh di set penggambaran pada 1 Mac lalu.

“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola mata bengkak serta berdarah.

“Mohon jasa baik peminat untuk mendoakan Fasha, tulis kenyataan berkenaan.

Pelakon itu turut berkongsi rakaman ketika penggambaran babak tersebut dan turut kedengaran suara Azhan memohon maaf selepas kejadian dan Fasha dilihat menangis menahan kesakitan.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut, Fasha akan dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Fasha tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Pun begitu, Fasha tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap kejadian itu sebagai kemalangan.

“Fasha seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjaya. Pihak produksi telah memohon maaf kepada Fasha dan keluarga.

“Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan terjadi di luar jangkaan,” ujarnya.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*