
Bkan lagi jadi kes biasa2, Pihak brkuasa dedah kini D11 alih. Wajah terkini Shuhada pula jadi prhatian
KES mencederakan isteri melibatkan aktor Hafidz Roshdi terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dirujuk ke Bahagian Siasatan Jen4yah Se.ksvaI, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), Selangor.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Shafa’aton Abu Bakar yang sebelum ini menerima laporan berhubung insiden pada awal pagi 2 Mac lalu.
Memaklumkan perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberi gambaran siasatan terperinci akan dilakukan terhadap pelakon berkenaan. Kes itu diambil alih siasatan oleh bahagian D11 Siasatan Se.ksvaI, Wanita dan Kanak-Kanak IPK Selangor, katanya secara ringkas ketika dihubungi mStar.
Bagaimanapun belum dapat disahkan secara terperinci sama ada Hafidz telah dipanggil atau direman bagi membantu siasatan. Dalam kejadian tersebut, Hafidz didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di sebuah lokasi berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh.
Laporan telah dibuat oleh dua ahli keluarga Shuhada sendiri. Berikutan kejadian itu, Shuhada telah dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan dan menerima 10 jahitan di bahagian pipi kirinya.
Shuhada menerusi satu kenyataan berkata, dia tidak akan berdiam diri selepas kejadian yang berlaku apatah lagi doktor memaklumkan parut dialami akan kekal selama-lamanya.
Pada 22 Februari lalu Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing. Shuhada kemudiannya ke mahkamah syariah pada 28 Februari lalu untuk memafailkan proses pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.
Sumber : Mstar
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment