“Aku rasa macam nak penampar pelak0n melayu..” Tk cukup dengan itu, Ini Ayat padu Dato Awie

“Aku rasa macam nak penampar pelak0n melayu..” Tk cukup dengan itu, Ini Ayat padu Dato Awie

Penyanyi rock legenda, Dato’ Awie meluahkan rasa berang dengan pelakon Melayu yang melakonkan babak kontroversi dalam filem Mentega Terbang.

Menerusi satu hantaran di Facebook, vokalis utama kumpulan Wings ini berkata mahu menampar pelakon yang sanggup membawa watak dalam filem yang mencetuskan kegusaran ramai itu.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai sehingga mendapat lebih 11,000 tanda suka dan 1,000 komen selepas satu jam dimuat naik.

Netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan pelakon yang didakwa sanggup menggadaikan maruah agama dengan alasan berkarya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti secara keseluruhan kandungan filem ‘panas’ terbabit.

Katanya, hasil penelitian daripada pihak JAKIM mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, platform penstriman Viu hentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari lalu.

SKMM menjelaskan, walaupun tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana tidak berada di bawah bidang kuasanya, suruhanjaya itu sudah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan filem Mentega Terbang.

Dalam masa sama, SKMM berkata, pihaknya komited bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memantau sebarang kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 menyatakan bahawa penapisan filem atau drama pada platform penstriman tidak terletak di bawah bidang kuasa SKMM. “SKMM akan sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan teknikal kepada jabatan agama negeri untuk menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah,” katanya,” katanya kenyataan yang dikeluarkan.

Filem Mentega Terbang menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di Viu, bulan lalu. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata JAKIM akan bertemu pasukan produksi filem terbabit.

Na’im berkata, JAKIM sudah menyemak kandungan filem itu dan mendapati ia bertentangan dengan akidah Islam. Sementara itu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai kuasa ke atas filem bebas terbitan tempatan itu kerana ia hanya dikeluarkan secara dalam talian.

sumber : oh media dan HM

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*