Meniti Usia 50-an, Che Ta Glamor Rai Hari Jadi Tema Emas Kemewahan; “Old Is Gold.”

Meniti Usia 50-an, Che Ta Glamor Rai Hari Jadi Tema Emas Kemewahan; “Old Is Gold.”

Mencecah usia 50 tahun pada Khamis, pelakon Rozita Che Wan diraikan dalam majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertemakan rona emas.

Berkongsikan gambar sambutan itu di laman Instagram miliknya, Rozita atau Che Ta kelihatan menawan dengan persalinan rona keemasan dilatari dengan dekorasi belon warna yang sama.

“Old is gold. Ready to start a new decade of adventures,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat Che Ta tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Malah rata-rata memuji penampilan Che Ta yang kelihatan awet muda biarpun usia sudah memasuki 50-an.

Untuk makluman, mereka mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra,24.

Komen netizen:


Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*