JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Untuk Ceramah Di Terengganu

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Untuk Ceramah Di Terengganu

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus antara pendakwah yang tidak mempunyai tauliah bagi mengadakan kuliah agama di negeri tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, sehingga November lalu, statistik dikeluarkan menunjukkan hanya 30 pendakwah selebriti diberi kebenaran khas oleh pihak berkuasa negeri tersebut.

Laporan itu menulis, penceramah berusia 59 tahun itu sudah dipanggil tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, jumlah keseluruhan adalah 1,313 individu yang mempunyai tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan mengajar al-Quran.

“Kita akan mengeluarkan kebenaran khas kepada penganjur dan jawatankuasa masjid serta surau yang bercadang mengundang antara 30 pendakwah selebriti berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, semua ahli politik tidak dibenar menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu untuk ceramah atau kuliah.

Malah, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut menzahirkan rasa dukacita atas pembabitan segelintir ahli politik berkenaan.

Sementara itu, M Rozi berkata, seramai 773 individu mengajar agama Islam kategori berkitab, berceramah umum kategori agama (35), kategori mengajar al-Quran (292), tauliah khas mengajar agama sahaja (100) dan 83 diberi tauliah dalam kategori agama Islam berkitab, ceramah umum dan al-Quran.

Pada masa sama, pihaknya mengalu-alukan individu yang ingin mengajar dan mengadakan kuliah di masjid serta surau supaya membuat permohonan dengan mengemuka maklumat peribadi dan kelulusan akademik.

SumberHarian Metro
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*