Lelaki Yg Pvkul Kamal Adli Sampai Berlubang Kepala Akhirnya Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Dia Buat Begitu

Lelaki Yg Pvkul Kamal Adli Sampai Berlubang Kepala Akhirnya Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Dia Buat Begitu

INSIDEN pelakon Kamal Adli diserang seorang lelaki menggunakan cota selepas selesai menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura pada malam Ahad membuatkan isterinya, Uqasha Senrose trauma.

Menceritakan kejadian tersebut, Uqasha, 30, berkata, insiden berlaku di antara pukul 9 hingga 10 malam ketika Kamal sibuk melayan peminat yang mahu bergambar.

Kata Uqasha, sebelum kejadian, Kamal, 37, didekati seorang warga emas berkerusi roda mahu bergambar dengan aktor itu sebelum seorang lelaki datang mencari suaminya.

“Kami ingatkan dia peminat apabila Kamal tegur lelaki itu, dia tiba-tiba mengeluarkan cota dari poket sebelum menghayunnya berkali-kali di belakang kepala Kamal.

Kamal mengalami cedera parah di bahagian kepala.

“Darah berjuraian di bajunya… apabila Kamal angkat kepala, dia pukul pada bahagian tulang pipi kemudian berkali-kali di badan.

“Apa lebih menakutkan dia juga mempunyai senjata tajam,” katanya.

Uqasha sebelum ini berkongsi berita mengenai kejadian menimpanya di Instagram selain turut memuat naik memperlihatkan aktres itu sedang menangis dan dipercayai berada di sebuah hospital di Singapura.

Pelakon itu dalam hantaran berkenaan memaklumkan Kamal kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Besar Changi (CGH) akibat bahagian belakang kepalanya koyak akibat dihentak menggunakan cota.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, lelaki berkenaan memberi alasan dia menyerang Kamal kerana dihantar oleh satu pihak selain mendakwa mempunyai isu peribadi dengan pelakon tersebut.

Diasak tentang tindakannya itu, lelaki berkenaan memberitahu dia cemburu kerana Kamal mengahwininya selain memberi ugutan kepada dan adik-beradiknya yang turut berada di tempat kejadian.

Keadaan Kamal yang menerima rawatan di hospital di Singapura.

“Apa membimbangkan dia mengugut dengan mengatakan dia ingat wajah kami semua dan kami akan menanggung akibatnya.

“Dia membuat ugutan itu di hadapan polis yang datang untuk menahannya,” katanya.

Difahamkan, selain cota, lelaki berusia 34 tahun tersebut turut membawa pisau kerambit.

Hari Raya Mega Sale yang diadakan dari Jumaat hingga Ahad merupakan acara anjuran Megaxpress International dan menampilkan beberapa artis dari Malaysia yang meniaga, membuat persembahan dan penampilan khas untuk bertemu peminat di Singapura.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*