Isteri Harris Annuar ngidam makan sabun pula, netizen nasihat bahaya untuk bayi

Isteri Harris Annuar ngidam makan sabun pula, netizen nasihat bahaya untuk bayi

Selepas mengidam untuk mencium bau simen dan bermain lato-lato, isteri kepada finalis Hero Remaja, Harris Annuar, Asha Merican teringin untuk makan sabun pula.

Nak makan sabun pula
Hal tersebut dikongsikan oleh Harris menerusi Instagramnya dengan mengakui bahawa ‘pening’ dengan ‘pembawakan budak’ yang dialami isteri tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Tak sempat nak halang isteri dah rasa
Menurutnya, dia tidak sempat mahu menghalang tindakan isterinya kerana wanita itu lebih awal melakukannya. Harris secara berseloroh menceritakan yang Asha sempat menjilat sabun sewaktu mandi namun meludahkannya semula keluar kerana tidak dapat menelannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Kena fikir kesihatan baby juga ye
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan mereka menyuarakan kebimbangan dengan kesihatan bayi dalam kandungan Asha kerana kandungan bahan kimia yang ada di dalam sabun.

Untuk rekod, Harris Annuar telah melangsungkan pernikahan dengan pelakon Asha Merican pada 11 Jun tahun lalu dan sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung.

Sebelum ini, pelakon tersebut seakan ‘gian’ bau simen dan tak lama selepas itu mahu bermain lato-lato pula. Harris yang melayan sahaja kerenah mengidam isterinya kerap berkongsi momen-momen lucu tersebut dan dikongsikan kepada peminat di media sosial sebagai kenangan untuk mereka dalam melalui fasa kehamilan ini.

Sumber: Instagram harrisannuar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*