Anggap diri seperti pekerja buruh, Adi Putra reda nama tiada dalam Mat Kilau 2

Anggap diri seperti pekerja buruh, Adi Putra reda nama tiada dalam Mat Kilau 2

Pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Dato’ Adi Putra menyatakan yang dirinya reda tidak tersenarai sebagai salah seorang pelakon di dalam naskah prekuel Mat Kilau 2 nanti.

Anggap qada & qadar
Memetik laporan dari Astro Gempak, Adi, 42 menyatakan yang perkara tersebut sudah disahkan sendiri oleh penerbit filem, Kembara Studio yang sudah diterimanya.

“Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi pengesahan saya akur dengan pengesahan yang dibuat,”
“Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” katanya.

Tiada kuasa tentukan siapa pelakon
Beliau yang ditemui sewaktu acara Ajwad Khan Raya 2023, Fashion Show anjuran Starvilion mengatakan tiada kuasa untuk menentukan barisan pelakon yang membintagi filem tersebut.

“Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.
“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.
“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” ujarnya.

Untuk rekod, filem arahan Syamsul Yusof itu berjaya memecahkan rekod apabila menjadi filem yang paling banyak ditonton dengan berjaya mengutip hampir RM100 juta.

Filem diinspirasikan dari perjuangan Mat Kilau menentang penjajah itu turut ditayangkan di Indonesia. Antara barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan adalah Dato’ Adi Putra, Beto Kushairy, Fattah Amin, Khir Rahman, Johan Asaari dan ramai lagi.

Sumber: Astro Gempak (Sharin Zulkifle)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*