Sera & anak2 titip doa sempena hari lahir, netizen puji Shuk Sahar ayah yang baik

Sera & anak2 titip doa sempena hari lahir, netizen puji Shuk Sahar ayah yang baik

Walaupun status hubungan rumah tangga mereka masih lagi belum mempunyai kata putus, Shuk Sahar dan juga isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dilihat dalam keadaan baik-baik sahaja.

Selamat hari lahir buat Shuk
Menerusi posting terbaru Sera di Instagram, wanita asal Sabah ini telah memuat naik momen bersama dengan Shuk dan mengucapkan selamat hari lahir buat pelawak tersebut.

Menerusi kapsyen, dia dan anak-anak mendoakan agar Shuk Sahar berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ayah yang baik untuk anak2
Ucapan ringkas yang dibuat oleh Sera telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mendoakan agar hubungan mereka dalam keadaan baik walaupun jika selepas ini bukan lagi bergelar suami isteri.

Ujar mereka, walaupun Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar tidak berjaya menjadi suami tetapi dia tetap ayah yang baik buat anak-anak tersayang.

Kemelut rumah tangga antara Shuk Sahar dan isteri telah lama berlaku disebabkan orang ketiga. Kes mereka juga masih dalam proses di mahkamah syariah dan belum ada kata putus berkenaan hubungan mereka.

Namun begitu, dia dan isteri telah menunaikan umrah bersama dan mengatakan keputusan berkenaan hubungan mereka mungkin di ketahui selepas pulang dari ibadah.

Sumber: Instagram rossa.sera

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*