“Dia Dah Ke Dunia Abadi, Tarik Kami Ke Syurga Ya” – Ibu

“Dia Dah Ke Dunia Abadi, Tarik Kami Ke Syurga Ya” – Ibu

Ibu kepada kanak-kanak 9 tahun yang terlibat kemalangan dengan lori treler berdoa semoga anak dapat menarik mereka sekeluarga ke syurga.

Menerusi perkongsian di Facebook Story, Rabyatul Adawiyah mengucapkan terima kasih di atas ucapan takziah semua orang. Buat masa ini dia belum kuat untuk membaca pesanan mesej yang dikirim.

Memetik laporan Bernama, bapa mangsa, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin reda dengan takdir yang dah ditentukan buat anak perempuannya, Nurul Jannatun Assyifa.

Katanya, dia sempat bersalaman dengan anak-anak sebelum pergi kerja jam 6.30 pagi hari kejadian. Anak lelaki bongsunya, Alif Zahfran yang mengalami kecederaan ringan di kepala kini dirawat di HTAR Klang.

“Tarik kami bawa ke syurga ya” – Ibu
Menurut si ibu, jenazah anaknya telah selamat dikebumikan selepas Isyak malam tadi. Dia meluahkan rasa sayang yang tak terhingga dan berdoa anaknya itu tak melupakannya apabila sudah bahagia di syurga.

Terdahulu, bapa mangsa memberitahu hasrat mereka sekeluarga untuk sedondon hitam untuk hari raya tahun ini tak kesampaian.

Arwah menunjukkan rasa teruja dan seronok melihat baju raya yang baru je sampai di rumah pada minggu lepas.

Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan perit ini. Al-fatihah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Kredit: Bernama | Facebook Rabyatul Adawiyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*