“ada msalah rumahtangga pun diam..” Tindakn MizznNina dgn Noh Salleh buat Ramai Tk sangka

“ada msalah rumahtangga pun diam..” Tindakn MizznNina dgn Noh Salleh buat Ramai Tk sangka

Sejak akhir-akhir ini, kisah masalah rumah tangga seperti sudah menjadi ‘trend’ dalam kalangan selebriti yang semakin menjadi bualan hangat netizen. Malah, sepertinya mereka berpusu-pusu untuk mendedahkan aib pasangan masing-masing demi menegakkan keadilan buat diri sendiri.

Namun, berbeza pula dengan bekas isteri kepada penyanyi, Noh Salleh iaitu Mizz Nina yang kekal tenang walaupun diuji dengan masalah rumah tangga yang sama.

Baru-baru ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman telah memuat naik video promosi memaparkan dirinya yang tampil ayu berseri tanpa ‘makeup’.

Meninjau di ruangan komen, lain pula reaksi netizen yang meluahkan rasa hormat terhadap penyanyi berusia 42 tahun itu kerana bebas dari segala kontroversi.

Bukan itu sahaja, mereka turut memuji bekas pasangan suami isteri berkenaan kerana sangat menjaga baik aib kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, berita mengenai perpisahan Mizz Nina dan Noh Salleh telah mengejutkan ramai pihak terutama kalangan peminat yang cukup menggemari melihat kebahagiaan rumah tangga mereka.

Info tambahan, pasangan selebriti itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada Ogos 2022.

Terdahulu, Doa serta hasrat penyanyi juga aktivis kemanusiaan, Mizz Nina memiliki anak dan bergelar ibu sudah termakbul dengan kehadiran ‘baby’ Musa, kini berusia tiga bulan.

Terdahulu berita gembira itu dikongsikan Mizz Nina di Instagram menerusi paparan fotonya bersama bayi angkat mereka. “Kini, kami bersyukur ke hadrat Ilahi untuk rahmat terindah ini dan tentunya doa yang jadi kenyataan. Saya boleh katakan Musa adalah mahram saya.

“Namun, sebelum sampai ke fasa ini, saya dan suami melalui perjalanan panjang. Kami berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat termasuk proses in-vitro fertilization (IVF), intrauterine insemination (IUI) dan sebagainya

“Tapi, rezeki kami dengan cara ini (ambil anak angkat) dan semunya ketentuan Allah dan tiada siapa yang dapat menghalang. Alhamdulillah, kami bersyukur,” luahnya.

Menurut Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, hanya Allah yang tahu waktu tepat bagi segala-galanya tersusun cantik sebegini. Ujarnya, setiap ujian dan pergelutan adalah untuk kebaikan mendatang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Sumber : beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*