Isteri Larang, Aaron Aziz Tak Akan Jumpa Syamsul Yusof

Isteri Larang, Aaron Aziz Tak Akan Jumpa Syamsul Yusof

Pelakon Datuk Aaron Aziz berkata dia tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof selepas dilarang isterinya, Diyana Halik.

Menerusi Insta Story, Aaron berkongsikan perbualan dengan isterinya yang turtu tertekan dengan kontroversi yang melanda suaminya.

Dalam mesej berkenaan, Diyana turut meminta agar Aaron memikirkan tentang kesihatan mental keluarga mereka yang terganggu disebabkan kemelut tersebut.

“Saya tak nak awak jumpa Syamsul tak kira apa pun. Kalau ditanya, cakap sahaja saya larang. Saya tak nak lagi sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit. Saya sangat-sangat risau.

“Saya nak awak janji barulah saya akan berasa okey. Untuk saya dan untuk kesihatan mental,” tulis isteri Aaron.

Aaron berkata dia akan mengikut seperti yang dipinta isterinya serta mengatakan bahawa rezeki bukannya terletak di tangan manusia.

“Saya tak nak komen apa lagi. Bila anak bongsu saya naik bilik nangis dan bila isteri saya nangis, itu dah maksimum dah.

“Orang yang selalu bagi nasihat adalah isteri saya. Kalau isteri saya ‘no’, itu masih boleh bincang. Kalau isteri cakap ‘forbid’ (larang), itu dah ‘level’ lain.

“Saya kerja keras demi keluarga dan kesihatan mental mereka lebih penting. Rezeki bukan di tangan manusia. Saya tumpang rezeki anak-anak dan isteri. Jadi, mereka adalah keutamaan saya,” tulisnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*