Bilal Temui Ajal Sebelum Sempat Laung Azan Subuh, Rebah Ketika Masuk Surau

Bilal Temui Ajal Sebelum Sempat Laung Azan Subuh, Rebah Ketika Masuk Surau

Seorang bilal musala (surau) tabligh di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil menemui ajal sebelum sempat dia melaungkan azan subuh pada Isnin lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Izar Hamid, berusia 70-an rebah di tangga ketika ingin masuk ke dalam surau berkenaan pada jam 6 pagi.

Ketua Kampung Jenderam Hulu, Muslimin Manaf, 50, berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut apabila dimaklumkan oleh penduduk pada jam 7 pagi dan menghubungi Pejabat Kesihatan (KKM) serta polis.

Muslimin berkata, arwah Izar tinggal sendirian di sebuah rumah yang disewanya berhampiran surau selepas berpisah dengan isterinya sejak tiga tahun lalu.

Tambahnya lagi, beliau baru sahaja mendaftarkan arwah sebagai asnaf bagi membiayai sewa bulanan rumah yang didiaminya sekarang dengan Pusat Zakat Selangor (PPZ).

“Saya juga rapat dengan arwah kerana sering minum bersama di kedai kopi dan selepas ini penduduk pasti akan merindui kemerduan suara azannya,” katanya ketika dihubungi.
Ujarnya lagi, arwah sering melaungkan azan setiap lima waktu solat di musala berkenaan sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan di luar.

Ceritanya lagi, arwah yang tidak bekerja dan sering membersihkan surau merupakan seorang yang baik budi pekerja serta sering bergaul dengan penduduk.

Muslimin berkata, kematian dipercayai berpunca daripada serangan jantung dan selepas kejadian dia turut menghubungi anak arwah yang tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi bagi urusan pengebumian jenazah bapanya.

Jenazah Izar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Katanya, arwah sering melaungkan azan setiap lima waktu solat di musala itu sekiranya tidak mempunyai urusan di luar.

“Saya juga rapat dengan arwah kerana sering minum bersama di kedai kopi dan selepas ini penduduk pasti akan merindui kemerduan suara azannya,” katanya ketika dihubungi.

Muslimin berkata, selepas kejadian itu dia turut menghubungi anak arwah yang tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi bagi urusan pengebumian.

Menurutnya, arwah tidak bekerja dan sering membersihkan surau berkenaan yang sering dihadiri kumpulan tabligh antara 10 hingga 15 orang pada setiap waktu solat termasuk mengadakan aktiviti keagamaan.

Katanya, arwah seorang yang baik budi pekerti serta sering bergaul dengan penduduk dan kematian arwah dikatakan berpunca dari serangan jantung.

“Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Sumber: Harian Metro (Samadi Ahmad)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*