Dirakam pandu Bentley, Jep Sepahtu dipuji rendah diri – “Tak pernah bergambar depan kereta”

Dirakam pandu Bentley, Jep Sepahtu dipuji rendah diri – “Tak pernah bergambar depan kereta”

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu memandu kereta mewah miliknya sekali lagi mengundang perhatian orang ramai di media sosial baru-baru ini.

Rakan artis, Angah Raja Lawak memuat naik satu rakaman di InstaStory memaparkan pelawak berusia 38 tahun itu sedang memandu keluar kereta model Bentley dari kawasan parkir di tempat kerja mereka.

LIHAT VIDEO DISINI

Apa yang menarik perhatian adalah pelbagai reaksi diberikan netizen sebaik mengetahui penyampai radio Sinar FM itu memandu kereta mewah berwarna hitam tersebut sebagai kegunaan harian.

Rata-rata memuji sikap merendah diri Jep kerana walaupun dilihat berharta, dia lebih memilih untuk menunjukkan sisi kesederhanaan sekali gus tidak mempamerkan kemewahan di media sosial.

Malah, segelintir individu juga menyifatkan pelawak berkenaan layak untuk memiliki kenderaan mencecah jutaan ringgit hasil kerja keras dalam industri seni sejak dari dulu lagi.

Baru berbaloi buat kereta harian

Bagus tak tunjuk kaya! Tak ambil gambar depan kereta

Tumpang bangga! Dia memang layak

Sekadar info, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin berkahwin dengan pelakon Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 2.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Jep turut mempunyai dua anak tiri lelaki iaitu Barr Al Aliy, 13, dan Baasit Al Haq, 12.

Sumber: TikTok @semuabendanakviral, Instagram Jep Sepahtu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*