Wahid Satay meninggal dunia pada usia 93 tahun

Wahid Satay meninggal dunia pada usia 93 tahun

PELAKON dan pelawak veteran Wahid Satay dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Singapura pada pukul 8 pagi Isnin.

Berita pemergian pelakon berusia 93 tahun itu disahkan oleh teman rapatnya iaitu Rusedah Tawahid, namun masih belum mengetahui punca kematian aktor berkenaan.

Wahid dilaporkan sudah agak uzur akibat sakit tua.

Rusedah bagaimanapun memberitahu keadaan Wahid memang sudah agak uzur dan lemah akibat sakit tua.

“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggal dunia pagi ini. Seperti yang diketahui, arwah memang uzur dan keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua.

“Namun saya tidak dapat memastikan punca kematian beliau,” katanya seperti dilapor BH Online.

Sementara itu, menerusi perkongsian beberapa rakan seniman di laman Facebook, jenazah Allahyarham boleh dilawati buat kali terakhir di Teban Gardens Road, Teban View, Singapura.

Untuk info, kerjaya lakonan Wahid bermula ketika bekerja di studio Cathay Keris di Singapura sebagai tukang cat sebelum ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam filem Pertaruhan sekitar tahun 1940-an.

Kehebatan Wahid yang boleh meniru suara haiwan seperti ayam, burung merupakan satu kelebihan apabila suaranya sering kali digunakan sebagai latar belakang bagi filem-filem tertentu.

Di sebalik kerjanya sebagai tukang cat, sifat humor yang ada pada diri Wahid menyebabkan pengarah L. Krishnan mula mengesan kelebihan itu sebelum dia ditawarkan berlakon filem.

Antara filem-filem terkenal yang pernah dibintanginya termasuk Pontianak, Sumpah Pontianak, Che Mamat Parang Tumpul, Badang, Naga Tasik Chini, Dendang Perantau dan Tuan Besar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*